Dalam penulisan ini kami akan kongsikan tentang teknik trade dengan RSI super strong momentum movement. Indicator Relative Strength Index ataupun RSI merupakan indicator yang popular dan digunakan secara meluas oleh para trader. Indicator ini digunakan untuk mengukur kekuatan momentum harga, kenalpasti samada market terlebih beli (overbought) atau terlebih jual (oversold) dan juga sebagai aras rintangan dan sokongan semasa. RSI diukur dalam range 0 – 100. Cuma aras default adalah aras 30, 50 dan 100. Di bawah ini kami kongsikan aras-aras RSI dan maksud disebaliknya.

Daripada image di atas, dapat dilihat untuk aras melebihi 70 bukan hanya bermaksud harga sudah overbought tetapi juga harga dalam gerakan super strong momentum bullish. Begitu juga untuk aras di bawah 30, bukan hanya bermaksud harga sudah oversold tetapi juga harga dalam gerakan super strong momentum bearish. Untuk penerangan yang lebih mendalam tentang teknik trade dengan RSI super strong momentum movement, boleh tonton video di bawah ini. Jemput like video dan subscribe youtube channel kami sebagai tanda sokongan ya.

Semoga bermanfaat dan sekadar pembelajaran.
















