+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Kelas Pemantapan Ilmu Teknik Trade SETUP Ketenangan

Kelas Pemantapan Ilmu Teknik-Teknik Trade SETUP KETENANGAN

Kelas Pemantapan Ilmu Teknik-Teknik Trade SETUP Ketenangan ini merupakan kelas yang memfokuskan kepada beberapa teknik trade SETUP yang mudah difahami dan memberikan hasil trade yang menguntungkan. Kesemua teknik adalah teknik belian di dasar jualan di puncak. Jadi, semua setup yang diajar mengutamakan entry dekat dengan aras sokongan dan jauh dengan aras rintangan. Jadi, low risk high reward. Risk reward ratio yang selesa. Memang lebih tenang trade begitu dan sepatutnya memang begitulah kena utamakan yang berisiko rendah tapi pulangan yang lumayan.

Kelas ini sesuai untuk beginner, intermediate hinggalah advanced kerana penerangan setiap teknik bermula dari teknik asas hingga teknik advanced. Setiap topik akan disediakan video pembelajaran dan pemantapan ilmu. Jadi, boleh ulang-ulang tonton sampai faham. Selepas habis kelas, akan masuk ke dalam group support telegram perbincangan, kajian kaunter dan pemantapan ilmu. Group support sentiasa available. Jadi, boleh sentiasa belajar, berbincang, mengkaji kaunter dan sebagainya. Akan ada juga kelas revision, perbincangan kaunter dan live trade secara online dari semasa ke semasa.

Tiada kelas upsell yang lebih tinggi dari kelas ini. So, jangan risau. Tidak ada kelas berperingkat. Misi kita untuk cuba konsistenkan profit, minimumkan kerugian dan ambil balik modal-modal kerugian yang dipinjamkan sebelum ini.

Testimoni peserta yang pernah join kelas untuk pecahan satu topik sebelum ini iaitu topik Setup Ichivergence.

SETUP Low Risk High Reward

Asas dalam trading pastinya inginkan trade yang risiko rendah tapi tinggi profitnya. Sebab tu, kena entry dekat dengan support / RBS (resistance become support) dan jauh dengan rintangan dan aras target harga. Teknik setup ini terpakai untuk semua jenis trend iaitu uptrend, downtrend dan sideway. Uptrend untuk entry di aras reversal semasa kaunter membuat penurunan untuk retracement atau correction kemudian hold atau swing selagi tidak patah trend. Manakala untuk downtrend dan sideway untuk short term trade. See money take money. Jadi, memang secara asasnya digalakkan untuk trade kaunter uptrend. Lebih kuat tenaga dan momentum bullishnya, lebih selamat dan lebih tenang.

Setiap kaunter pasti akan buat setup sebelum memulakan sesuatu kenaikkan. Cuma kadang-kadang itu mudah untuk dikesan dan dilihat setupnya dan kadang-kadang setup tersembunyi dan ambil masa yang lama. Tapi, bila dia dah start gerak memang tak pandang belakang dah. Setup-setup ini yang kita akan pelajari dan kaji setiap hari. Pasti trade akan terasa lebih mudah, tenang, bertenaga dan gembira. Kurang dah melawat bucu katil selepas ini 🙂

Kelas Fizikal, Video Pembelajaran dan Sesi Pemantapan Ilmu

Sebenarnya belajar secara bersemuka lebih seronok, mudah difahami dan saling mengenali antara satu sama lain. Jadi, kelas akan diadakan secara bersemuka bagi yang berkelapangan dan dapat menghadirkan diri. Bagi yang tinggal jauh, dalam masa yang sama kita buat secara online. Nanti bila-bila berkelapangan dan boleh datang ke kelas, boleh la singgah dan selit-selit. Selepas mendaftar kelas, anda akan diberikan video-video pembelajaran untuk ditonton lebih awal, jadi semasa kelas nanti lebih mudah faham, dapat jimatkan masa dan boleh banyak bertanya apa yang tidak faham.

Selepas habis kelas, akan masuk ke dalam group support telegram untuk sambung belajar, mantapkan ilmu, berbincang dan mengkaji chart bersama-sama. Jadi akan lebih mudah faham dan jelas dengan setup-setup dan teknik-teknik yang telah dipelajari. Setiap ilmu, kalau nak berjaya kena rajin berlatih dan gilapkan skill hingga berkilat. Dari semasa ke semasa akan ada sesi perbincangan kaunter, sesi revision pemantapan ilmu dan sesi live trade. Memang sangat berbaloi untuk sertai kelas ni. Yang penting tiada kelas upsell atau berperingkat. Cuma kalau nak tambah ilmu, boleh la subcribe koleksi video-video pembelajaran didalam website ini yang tiada didalam silibus kelas.

Lokasi Kelas, Masa danTarikh

Buat masa ni lokasi kelas mungkin di Bandar Baru Bangi ataupun Putrajaya. Tarikh dijangka awal Januari 2023. Masa 9 pagi hingga 6 petang. Cuma buat masa ni, boleh juga subscribe video-video pembelajaran yang ada dalam silibus, jadi nanti bila dah ada tarikh untuk kelas setiap video yang sudah subscribe akan dikira sebagai rebet. Jadi, bayaran kelas untuk baki selepas total ditolak dengan rebet. Tajuk-tajuk video pemantapan ilmu boleh rujuk pada senarai silibus kelas dibawah ini ya.

Silibus Kelas Pemantapan Ilmu Teknik Trade Setup Ketenangan

Pelajari secara menyeluruh dari pengenalan sehingga ke teknik trade advanced SETUP low risk high reward. Sesuai untuk yang baru belajar trade (beginner) sehingga yang sudah biasa trade tapi hendak menambah ilmu dan memantapkan ilmu tentang teknik trade.

Silibus yang akan dipelajari adalah seperti berikut :

Pelajari tentang Support, Resistance, Advanced Trendline, Aras-Aras Sambutan (Reversal), Aras Lantai Kuat, Aras Siling Kuat, Setup Trading Plan, Risk Reward Ratio dan Money Management

Teknik Trade Dengan Setup Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud)

Teknik Trade Dengan Setup Momentum Power

Teknik Trade Dengan Setup Divergence

Teknik Trade Dengan Setup Ichivergence (Ichimoku + Divergence)

Teknik Trade Dengan Setup Advanced Bollinger Band

Teknik Trade Dengan Setup Saukkan Pullback (Entry di tapak reversal semasa kaunter uptrend membuat retracement)

Teknik Trade Dengan Reference Candle dan Setup Special Fibonacci

Teknik Scan Setup Tradingview

Teknik Trade Setup STSB (Strong Trend Strong Bullish)

Daftar segera Kelas Pemantapan Ilmu Teknik Trade Setup Ketenangan

Beginner to Advanced (Symplified, Systematic, Profitable)

Verified by MonsterInsights