US Bond Yields atau hasil bon AS merujuk kepada kadar faedah ke atas hutang kerajaan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. Ia adalah penunjuk utama kos pinjaman untuk kerajaan AS. Cuma, ianya tidak hanya memberikan kesan kepada ekonomi Amerika Syarikat tetapi turut memberikan kesan dan mempengaruhi ekonomi dunia. US Bond Yields boleh memberi kesan kepada ekonomi dunia dalam beberapa cara iaitu kadar faedah global (global interest rate), sentimen pelabur, kadar tukaran matawang, pasaran saham, pasaran membangun (emerging market) dan kos pengurusan hutang. Kami ada kongsikan beberapa penulisan tentang US Bond Yields didalam website ini. Boleh baca untuk pemahaman dan penerangan yang lebih mendalam tentang kesan dan pengaruh US Bond Yields kepada ekonomi dunia.
- Navigating Global Markets: Understanding the Impact of US Bond Yields on the World Economy
- Dancing Dollars: The Whimsical World of US Bond Yields
- Decoding the Dance of the US Treasury Yield Curve: A Trader’s Guide to Economic Signals

Sejak April 2020, kadar faedah Amerika Syarikat telah mengalami enam kenaikan, meningkat dari 0.05% kepada julat antara 3.75% dan 4.00% menjelang November 2022. Langkah strategik ini bertujuan untuk menangani tekanan inflasi dan menangani permintaan yang meningkat dalam ekonomi. Tindakan ini juga mencerminkan komitmen pihak berkuasa monetari untuk menjaga keseimbangan dalam sistem kewangan.

Trend Kadar Faedah di Malaysia
Kadar faedah Malaysia berada di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM), bank pusat negara. BNM, melalui pertimbangan yang teliti, menetapkan julat sasaran untuk OPR, menyelaraskan keputusannya dengan keadaan ekonomi semasa dan prospek inflasi. Tahun 2020 menyaksikan siri penyesuaian yang mendadak terhadap kadar faedah Malaysia sebagai respons terhadap cabaran global yang belum pernah terjadi sebelumnya akibat daripada fenomena pandemik Covid19 yang melanda dunia.
Dari Januari hingga Julai 2020, kadar faedah Malaysia mengalami empat penurunan yang mendadak, merosot dari 3.00% kepada 1.75%. Langkah strategik ini bertujuan untuk melindungi ekonomi daripada impak pandemik dan memudahkan proses pemulihan. Dengan mengekalkan kadar pada 1.75% sehingga September 2021, BNM memilih untuk menaikkannya sebanyak 25 mata asas kepada 2.00%, menandakan penyesuaian semula dasar monetari sejajar dengan pemulihan ekonomi pasca-kawalan pandemik.
Pada Julai 2022, BNM sekali lagi menyesuaikan OPR, kali ini menaikkannya sebanyak 25 mata asas kepada 2.25%. Langkah ini mencerminkan tindakan Federal Reserve Amerika Syarikat yang menaikkan kadar dalam menghadapi lonjakan harga dan pemulihan ekonomi berterusan daripada kesan Coronavirus. BNM membenarkan keputusan ini dengan menekankan kesesuaian dengan sasaran inflasi sebanyak 2.0%-3.0% dan sasaran pertumbuhan sebanyak 5.5% – 6.5% untuk tahun 2022.


Nilai Ringgit juga dipengaruhi oleh US Bond Yields. Jadi jika Bond Yields menurun, maka potensi untuk ringgit kembali mengukuh.
Jika kita lihat di website Investing.com, terdapat 4 sela masa untuk US Bond Yields Curves seperti di bawah :

Untuk setiap fungsi dan peranan yield curve ini, boleh baca penerangan didalam penulisan ini : Decoding the Dance of the US Treasury Yield Curve: A Trader’s Guide to Economic Signals
Untuk Interest Rate Benchmark, boleh rujuk kepada US 10Y Yield Curve. Dapat kita lihat kenaikkan sejak tahun 2020.


Untuk chart di atas, dapat kita lihat candle sudahpun menguji garisan intermediate trendline. Jika bocor, akan mencari aras EMA200 garisan oren / gold di aras 4.100. Jika EMA200 pun bocor, maka kita boleh mengharapkan kenaikkan kadar faedah akan berakhir dan kemungkinan untuk penurunan kadar faedah. Ringgit juga akan kembali mengukuh. Semoga, bocorlah EMA200 itu hendaknya 🙂 Makin mahal loan rumah kena bayar tiap – tiap bulan.

PENAFIAN (DISCLAIMER) untuk semua perkongsian dan penulisan di website ini termasuk perkongsian / penulisan ini : https://www.tekniktrade.com/penafian-disclaimer/